Saturday, 22 August 2009

Terma dan Syarat


Terma dan Syarat pembelian ini hendaklah dibaca dan dipersetujui oleh pelanggan sebelum membuat pengesahan pembelian.

Pembatalan Tempahan

Adalah dimaklumkan, pihak ARMAN tidak menerima sebarang pembatalan tempahan selepas tempahan diproses.


Pemulangan dan Penukaran

ARMAN tidak menerima sebarang pemulangan. Penukaran pula dibenarkan atas sebab-sebab tertentu dengan persetujuan* dari pihak ARMAN. Pelanggan boleh membuat penukaran dalam masa 7 hari dari tarikh terima tertakluk kepada persetujuan dari pihak ARMAN sama ada melalui e-mail atau telefon.


*Berikut adalah syarat-syarat penukaran yang dipersetujui/tidak dipersetujui oleh ARMAN:-

- Penukaran barangan yang telah lusuh, rosak, kotor ataupun dibasuh adalah tidak diterima.

- Barangan diskaun atau promosi tidak boleh ditukar.

- Barangan hendaklah dipulangkan atas kos pihak pelanggan. Sebarang caj penghantaran tidak akan dipulangkan.

- ARMAN tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kehilangan barang yang dipulangkan. Pelanggan hendaklah memastikan barangan dibungkus dengan betul untuk mengelakkan kerosakan dan kehilangan. Barangan tersebut hendaklah didaftarkan sekiranya dihantar dengan pos.

0 comments:

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP