Thursday 20 August 2009

Mengenai Tudung FAREEDA


Tudung FAREEDA Anggun Digayakan

Wanita bertudung masih boleh kelihatan anggun jika pandai memilih tudung, gaya dan aksesori.

Bahkan, corak dan gaya tudung sememangnya menampilkan perubahan yang begitu ketara bagi mengetengahkan lagi sifat kewanitaan pada si pemakai.

Bagi kebanyakan wanita, tudung bukan sekadar memakainya dan menggayakan kerongsang di atas bahu atau di bawah dagu. Ia memerlukan teknik supaya nampak bergaya.

Justeru itu, untuk tampil berbeza, tudung jenama FAREEDA bakal memberi ‘wajah baru’ kepada wanita kerana ia sesuai dan mudah digayakan sama ada untuk aktiviti kasual atau majlis rasmi.

Pemilik Tudung FAREEDA


Hasil kreativiti pemilik FAREEDA House of Scarf, Faridah Zakaria, setiap tudung ciptaannya bukan sahaja sebagai penutup aurat wanita tetapi turut menjadi penyeri kepada penampilan mereka.

‘‘Wanita perlu nampak berseri dan anggun walaupun bertudung. Justeru itu, saya turut menghiaskan tudung FAREEDA dengan hiasan seperti manik dan jahitan sulam yang pasti membuatkan tudung itu lebih elegan dan kontemporari bila dipakai".

Teknik Pemakaian


‘‘Teknik pemakaiannya juga sungguh mudah. Pertama, pinkan tudung di bawah dagu, lilitkan bahagian kiri ke belakang, pinkan tudung di atas kepala, ambil turun tudung ke bahu kanan, selitkan bahagian itu, sebelah kanan letakkan di atas bahu kiri dan kemaskan tudung, siap untuk digayakan,’’ kata Faridah.

Tip 1
Jangan risau jika tudung yang dipilih tidak mempunyai anak tudung kerana lilitan demi lilitan akan membuatkan anda seperti mengenakan anak tudung.

Tip 2
Pelbagaikan aksesori untuk variasi gaya seperti kerongsang, pin mutiara dan perhiasan kecil lain.

Tip 3
Padanan tudung polos adalah blaus, baju kurung, kebaya atau dress bercorak.

Tip 4
Kebanyakan tudung sarung yang berada di pasaran tidak perlu digosok kerana fabriknya yang sedia kemas. Tetapi untuk lebih mencantikkannya, tidak salah untuk anda menyeterika dengan suhu sederhana agar tudung lebih kemas dan kesannya anda tampil lebih mempesona.

Jenis-jenis Tudung

Terdapat enam jenis tudung FAREEDA iaitu sama ada kain kosong, kain bercorak, bermanik, bersulam, berbiku dan berlapis dua yang diperbuat daripada kain import dari Itali, Korea, Thailand dan Perancis. Jenis kain yang digunakan ialah seperti yokyo sifon, dope, dyed, opal dan organza.

Dari segi warna, hampir 32 warna yang boleh dipilih sama ada dari saiz S hinggalah ke XL.

Cara Cucian

Cara cuciannya cukup mudah, hanya rendam sekejap di dalam air, sudah boleh terus dijemur dan jangan sesekali memasukkan ke dalam mesin basuh kerana akan merosakkan kepala tudung.

Tajaan


Tudung FAREEDA kini menjadi pilihan rancangan di TV3, TV9 dan juga TV1.
* Berita TV9
* Al-Hidayah
* Kes Syariah (bersama pengacara NORAZURA)
* Haiwan dan Teladan
* Mari Mengaji
* Nasi Lemak Kopi O
* Gadis Melayu Musim Terbaru
* Agrotek
* Raudhah

Gaya tudung FAREEDA di Media



Tudung FAREEDA dalam ruangan Stailo di KOSMO 29 Jun 2009






Tudung FAREEDA dalam majalah NUR April 2009
SAMA BERGAYA.. Fesyen tudung FAREEDA untuk ibu dan anak menemui pembaca di Mingguan Wanita keluaran 15-21 Mei 2009 (Bil 1330).












Tudung FAREEDA dalam majalah INTREND Ogos 2009










Gaya Selebriti dengan Tudung FAREEDA

Beliau yang datang ke FAREEDA di Bandar Baru Bangi yakin dengan tudung jenama FAREEDA. Menurut Heliza lagi, beliau akan memakai semua paten tudung FAREEDA Suraiya Eksklusif sepanjang promosi filem terbaru beliau bertajuk Syurga Cinta.






0 comments:

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP